Saturday, February 11, 2012

Solat: Kebaikan dr Perspektif Sains & Cheezy Baked Meatball

Salam & morning sume...
Arini semua bermula dgn tenang wlupn diberi dugaan selsema & kerongkong yg perit...tp xpe sakit penawar dosa...sakit ni membuatkn kta lbh dkt kpdNya...waktu kita sihat mgkn tak bnyk kita menyebut nama Tuhan berbanding wktu kita sakit...btl x? tepuk dada tanya iman masing2...(ni kata2 insan & hamba yg kerdil..hehe mgkn yg beriman lbh bnyk ingat kepadaNya)...

Hari ni selain resepi sy nk share ckit info berkaitan solat dr kajian saintis....info ni sy br je dpt td dr Dr Danial dlm segmen Tanyela Ustaz di tv9...seronok dgr beliau membri input sbb cara penyampaian yg sungguh menarik. Menurut beliau bila kta nk sujud otak kta akn membuat ukuran & menghasilkan Alfa / Beta (sori klu slh eja) di mana ia bagus utk kesihatan kta. Menurut kajian lg dlm buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains , ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatiknya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang, malah menurut Dr Danial apabila kta memberi salam ketika akhir solat otak kta akan mengeluarkan sinar Gamma yg mana membuatkan kta lbh fokus pd apa yg kita lakukan. Jd klu ngantuk kt ofis blhla berwudhuk & solat sunat sblm mulakan kerja smula...Ok jom kita cuba... jika nk info lbh lanjut blhla baca dlm buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains keluaran UM. Boleh click link ini.



Oklah makanan rohani sudah diber jd kta berpindah kpd makanan tubuh kta...Actually, hidangan ni dh wat lama cume lum sempat kongsi...hehe Jom kita tgk mcm ne nk wat nye...pas ni tak perlu g mkn kt luar...buat sndiri lg seronok, bla org mkn dpt gak pahala:)ok resepi ni adapted from Blog resepi.com
Idea asal drpd Jamie Oliver & hasilnye mmg best mcm kt Pizza Hut tuuu...


Resepi:
Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar –klu wat sndiri lbg sdap, if xda blilah yg dh siap,yg Halal:)
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs (sy tak ltk hehe)
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
hehe terlebih cheese jd cheezy
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Sedia utk dihidang & dimakan panas.
  4. Spaghetti: rebus smpi kenyal2 dan toskan. Mkn brsma meatball ni..

Selamat mencuba:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.