Wednesday, February 8, 2012

PUDING KARAMEL KEJU & ON AIR....


Juri: On.... Air.
Peserta: Salam ceria...salam manis semanis puding karamel...salam satu Malaysia..hari ini bersama sy hos anda dalam segmen semanis santapan...rancangan baru di A tv...
Juri: Jap..rancangan pe td....? yg dlm montaj tu anda yg buat ke?
Peserta: Semanis santapan...ya...air tangan sy
Juri: Ok sy suke idea anda dan anda patut terima ini...ANDA BERPOTENSI....tp bkn utk jd hos cume utk wat santapan hos...ambil helaian kuning ni
Peserta: (mulut ternganga & tergaru-garu...) Terima kasih:)sy tak tau pula ada uji bakat ni...

Hehe...caya ke?Sebenarnya suke sgt tgk rancangan baru kt Astro tu sbb mencabar minda & kekuatan mental...klu rancangan lain tu dh biasa sgt...tp rancangan ni kta blh tgk kepantasan minda masing2 menjalin idea bagi mendapatkan jaringan perkataan yang sempurna & berkesan kepada penonton...Okla cukup tentang rancangan On Air...mari kita lihat santapan pemanis mulut kita pd hari ni...

Ni berikutan daripada dinner sempena majlis persaraan individu yang amat dikasihi Tn Penyelia Petang sy yg lalu di sebuah hotel..Beliau ni mcm ayah & sgt penyabar serta memahami...Ironinya setelah semua main course dihidang & dinikmati maka sampailah ke pemanis mulut or dessert...Melihat kpd persembahan mmg cukup lazat puding karamel nya tp bla smpi kt mulut oh tidak...kenapa karamel nye terasa pahit...so timbul la keinginan utk mencuba....

Resepi ni sy pilih dn gabungkan idea Kak Azlita dgn Neena Anuar coz kedua-duanya ada kelebihan masing-masing...Resepi kak azlita mmg terbukti tak pernah mengecewakan & Neena pula menampilkan step by step preparation utk wat puding & karamel nye sekali...mmg membantu...Baiklah mari semak resepi


Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam


Puding 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

 

Sediakan karamel 

Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
Adunan Cheese puding
Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.
( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba & beramal:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.