Thursday, October 11, 2012

Senyum...tak perlu kata apa2...;)

Salam semua...



Akhir2 ni banyak post yg menzahirkan rasa tak puas hati di cni...sometimes, sy terfikir adakah sy yg kurang bagus atau keadaan mereka yg mmg begitu.. Walau apa pun situasi kita, tak salah kan andai memberi senyuman. Senyuman yang ikhlas dari hati akan memberi impak positif bukan shj kpd yg empunya senyuman malah kpd insan lain.

Teringat pula kepada apa yg berlaku kpd sy di beberapa kaunter perkhidmatan di Malaysia... Jika hendak dikira, hanya ada beberapa pekerja di kaunter yg mampu melemparkan senyuman ketika memberikan perkhidmatan terutamanya jika jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang... Maka mulalah muka si pekerja kaunter masam mencuka jika ada pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan ini jawapan mereka jika kita bertanya: "Boleh lg tak puan?" " Tak boleh, komputer dah tutup".... pelanggan berlalu sambil menggeleng kepala...apa salahnya jika cakap baik2 & senyum...

Mengikut kajian Sains: fakta selebihnya sila lawati blog Sayang Sains
1- Senyum memperlahankan aliran darah yg melalui sinus ke otak.
2- Senyum mempunyai kaitan dgn penghasilan endhorphin yg dapat mengurangkan kesakitan secara fizikal.
3- Sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah.
4- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah.
5- Senyum mampu membantu memperbaiki fungsi usus.

Menurut kajian kita hanya menggunakan 17 otot ketika senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Jadi, apa pilihan anda...:) Mm tak rugi kan klu senyum..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.