Wednesday, December 12, 2012

Terhegeh-hegeh....patutkah guna perkataan ni?

Salam...

Terhegeh-hegeh...bukan kata  nk sebut, nk dengar pun tak sedap...apa perasaan anda jika dikatakan terhegeh-hegeh?

credit to google


Peristiwa ni dh berlaku berhari yg lalu. Ketika itu nurul & suami menghadiri satu kenduri di sebuah kawasan kampung. Alhamdulillah majlis di situ berjalan lancar.

Ramai tetamu yang hadir, hidangan juga nampaknya cukup untuk tetamu & mereka yg membantu melicinkan perjalanan majlis.

Di satu sudut, kelihatan beberapa orang sedang duduk berbual sambil menikmati juadah yang disediakan setelah berpenat lelah memasak. Antaranya, termasuk suami rakan Nurul. Salah seorang daripada mereka yang duduk membawa keluar hidangan daging yg special untuk dinikmati bersama.

Oleh kerana hidangan itu diletakkan dlm tray buffet, jadi suami rakan meminta ia diletakkan dalam bekas yg lebih kecil..Ketika itu, kerja2 mencuci pinggan sedang dijalankan..maka faham2 sahajalah bahawa setiap bekas dan peralatan bersepah & ada yang sedang dikeringkan..

Proses mencari senduk mmg akan memakan masa, jadi guanalah pa yang ada termasuk sudu...lambatlah kan..Tiba-tiba kedengaran satu perkataan, "Eh cepatlah...terhegeh-hegeh.."...Nurul pandang muka org di sebelah Nurul...dia tenang sahaja...mungkin dia sudah kerap mendengar ungkapan itu drpd mulut suaminya.

Namun, pada Nurul perkataan itu tak patut dikeluarkan & diberikan kepada si isteri sedangkan kamu yang bercakap jua KURANG SEMPURNA. Kesian Nurul lihat wajah si isteri terkulat-kulat membawa hidangan tersebut kepada kelompok manusia tersebut...walau bagaimanapun, ini hanya pandangan peribadi. Terpulanglah kepada anda...Mungkin anda tak kisah jika suami anda melemparkan perkataan yang sama kepada anda di khalayak ramai.

Mujur suami Nurul tak pernah buat begitu...walaupun dia bukanla engineer atau doktor, tapi dia tetap memelihara segala perkataan terutama ketika berada di khalayak ramai...takkan nk menghina isteri sendiri kan...tak baik tau...tamo wat macam tu ye...contohi la Rasulullah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.