Monday, March 7, 2011

Haa..Hobi baru...jadi ke?

Salam Isnin semua.. waa malasnya nak pergi kerja. Eh..penyakit ni selalu je datang bila tiba permulaan hari kerja..shuuh..shuhh..pergi jauh-jauh dan jangan datang lagi..ngeee...rasanya dah dua hari.tak tengok blog ni..bukan apa,cuma sibuk sikit settlekn kerja-kerja sebelum mula cuti sekolah..huhu..mm..yelah tu kan,ada je alasan..apa-apa pun, tengah-tengah sibuk ni boleh pula dok blog walking (hehe sambil menyelam minum air lah katakan)kerja..kerja juga,tapi takkan lah tak boleh berangan sikit kot..ngeee..tengah dok blog walking semalam tiba-tiba ternampak sesuatu yang boleh dijadikan hobi baru...tengok macam syok tapi boleh JADI KE?hee tak kuasa mak nk layan dek oi...keje pun tak siap-siap, da hati nak buat benda lain...tapi nak release tension apa salahnya kan...anyway, TUNGGU.....kemunculannya...(chewah,macam program tv pula)...

hmm..apa pulak ni?tiba-tiba keluar gambar ni...Rasanya ramai yang dah kenal dengan bunga ni kan...ada orang panggil kembang pukul 10...ini kerana ia betul-betul kembang pada jam 10,tapi kalau anda perhatikan ia mula berkembang setelah disiram cahaya matahari...bunga ni ada macam-macam warna...paling senang tanam sebab guna keratan batang je..hehe..kalau dah kembang memang cantik..sesuai ditanam dalam pasu dan atas tanah...mana yang tak ada tanah tapi masih meminati bunga bolehlah cuba tanam dalam pasu kat umah tu...kalau anda semua nak tahu...bunga kembang pukul 10 ni ada banyak jenis..da yang kelopak besar dan ada juga yang kecil mcm ni..Rumah kat taman macam rumah saya memang tak ada kawasan tanah jadi sya tanam dalam pasu..tapi kat umah mak di kampung saya tanam kat tanah..kalau kat tanah memang cepatlah ia membiak sebab banyak ruang kan...kalau nak banyak bunga...letak baja najis ayam(chewah..guna perkataan 'najis' macam sopan gitu...ngeee..perasan..tak kuasa mak:))kalau nak banyak bunga....letak baja bunga...saya guna yang spray punya...kalauu sempat saya upload gambarnya ya...mm...tiba2 lapar...rasa nak tengok la Che Mat Gebu sarapan pe pagi ni...hehe..Actually,tiap-tiap hari bila bangun tidur je mesti nak tengok blog ni..best tau..mama saya pun suka...yelah saya ni bukan tahu sangat nak memasak hidangan kesukaan hubby...jadi bila tengok resepi & gambar dalam blog Che Mat ni jadi bersemangat nak memasak..terima kasih Che Mat...atas kesudian share pelbagai resepi enak...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.