Sejuk je hari ni...cuaca suam2 kuku je sampai nk buka mata pon tak larat..hehehe...(klu malas tu cakap je la.......) Hari ni mmg best sbb nk kata panas pun tak ..sejuk sgt pon tak....;)
Klu cuaca mcm ni mmg sdap pekena benda panas...mmm perut pun rase 'berlobang' oitt...dh mcm hantu sundal bolong plak ye...hiii seramla....
Okla berbalik kpd benda yg sdap td...sebenarnya dah lma nk share dgn semua resepi simple garlic bread & mushroom soup ni...jom kta tgk resepi nye ye...Resepi ni Nurul dpt dr Kak Yatie. Klu nk tgk gambar yg lbh delicious blhla p kt link yg nurul wat tu...sbb Nurul klu part amik gambo ni mmg failed...
GARLIC BREAD
Bahan Utk Garlic Bread
- Roti France
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar mentega
- parsley kering secukupnya
Cara-cara
- Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna api dapur je..
- Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
- Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
- Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C- Nurul bakar dlm vantage grill pan je...senang hihi
MUSHROOM SOUP
Bahan-Bahan
- 1 keping dada ayam
- 1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
- 500 ml susu segar ~ fresh milk
- 1 ketul kiub ayam -
- 1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
- garam ~ secukup rasa
- 1 cawan tepung gandum- guna 1/2 cwn bancuh dgn 1 cwn air
- Sedikit lada hitam
Cara Penyediaannya
- Potong ayam kecil2.
- Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
- Rebus sehingga masak.
- Masukkan susu dan kiub ayam.
- Masak guna api yang perlahan.
- Masukkan mushroom.
- Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
- Sedia untuk di hidangkan bersama roti.