Friday, March 18, 2011

Tanggal 18 Mac.....

Salam...hari ini genaplah umurku 29 tahun...satu angka yang besar..namun sebanyak mana agaknya amalan yang telah aku laksanakan sepanjang 29 tahun aku bernafas di atas muka bumiMu ini?rasanya belum pun mencapai apa yang sepatutnya...Namun ku bersyukur kerana aku masih diberi peluang menghela nafas atas pinjman dari Mu...Tahun ini agak berbeza kerana tahap kesihatanku yang kurang baik menyebabkan segala pergerakan terbatas...mungkin pada mata semua aku kelihatan sihat tapi hakikatnya diriku sahaja yang tahu..Ya Allah bantulah hambamu ini...Kuatkanlah imanku..tabahkan hatiku dalam menjalani hidup ini..

Tuesday, March 15, 2011

Cooti..cooooooooooooti...coooooooooooooti...jangan cemburu:))

Dah mula cuti school,apa bezanya?kena buat keje juga..kertas ujian pun belum abis tanda...ni baru je balik dari hospital pakar...kata doctor" Morning...ada sakit lagi? sudah kurang...ok sekarang cuti manyak boleh pegi becuti la...enjoy ur life..tapi jangan lupa makan ubat and jangan angkat berat.."What? ANGKAT BERAT...HAHA...ingat nk bina badan ke...ni yang malas nak dengar..cuba cakap macam ni.. "Hi..Morning..ada sakit..kalau tak ada..anda memenangi tiket percutian ke mana saja anda suka..." Mm...kan best...mesti terus baik punyala...oklah jom layan lagu sudirman ni...syok juga tengok video lame ni...

Monday, March 14, 2011

Tahniah dan selamat menjalani episod seterusnya:)

hurmm...Alhamdulillah..selesai satu majlis...tahniah pada adinda nour el-iysh yang telah selamat menjalani episod baru dalam hidupnya semalam...smg sentiasa sihat dan bahagia serta dirahmati Allah hendaknya...diharap akan dapat melangkah ke episod yang lebih bermakna selepas ini....ameen...seterusnya tahniah buat Che Mat Gebu di atas sesi temubual yang telah dimuat naik di dalam 1 tube...memang bestla Che Mat ni...smg akan lebih maju di masa hadapan...sekian dulu arini cume nak merakam tahniah buat semua di atas apa sahaja yang telah dapat dilakukan...sebab kt dapur tu banyak lagi yang belum dibasuh...salam...hehehe...

Friday, March 11, 2011

Soley Soley Kak Limah (Tribute To Usop & Abi Hurairah)



dah penat membebel jom tengok ni...sbnrnye dr Middle of the road soley soley 1971...kira takdela jd tua muka korang...hehe

Yang penting niat...bukan menunjuk..

Salam Jumaat...arini memang da banyak masa nak mengetuk papan kekunci kat laptop..sekarang ni cepat betul masa berlalu. Tau-tau je dah sampai ari jumaat...lega sikit dah nak cuti..tak de lah  asyik dok tengok muka yang sama..soalan yang sama...kalau soalan yang baik n 'membina'(kata orang pandai2 la..hehe)boleh lah gak telinga nk dengar dan mulut nak jawab...ini soalan yang menyakitkan jiwa...kalau tak nak jawab...suka hati saya la...nape...awak rugi ke...
Mesti pelik kan..nape lak arini dok membebel macam ni...sape tak nak membebel kalau asyik kena je...bukan tak buat kerja..cume tak suka nak tunjuk-tunjuk,mak dan bapa saya tak ajarla buat kerja tunjuk-tunjuk... Kalau semua nak tau, ada pelbagai jenis orang kita boleh jumpa di tempat kerja ni..jenis-jenis orang bolehla diklasifikasikan seperti berikut:
jenis 1: Suka mengarah tapi tak tau pun apa yang diarahkan.(banyak kan kat tempat kerja korang)
Jenis 2: Selalu mengarah dan tahu apa yang diarahkan (kira okla..hehe)
Jenis 3: Cakap banyak tapi tak buat kerja(hehe..macam bagus)
Jenis 4: Tak selalu cakap tapi pandai buat kerja(andalah yang kami cari)
Jenis 5: Cakap banyak dan nak buat kerja tapi hancuss(tak faham tanyala)
Jenis 6: Diam tapi asyik mengata orang kat belakang(bahaya.....)
Jenis 7: Diam dan tunggu je sampai 25hb setiap bulan
 Jenis 8:Boleh buat tapi banyak alasan tak mau buat(helahful people...hehe mane de term mcm ni..jgn marah teacher:))

hah...cukupla tu...banyak-banyak pun buat pe...saya pn tak bagus tapi sama-sama la kita ingat bahawa setiap yang kita lakukan di dunia ni akan dihitung jadi biarla betul niat dalam hati tu...jangan ada rase nk menunjuk...

sekian...

Wednesday, March 9, 2011

Selamat malam Teman sejatiku...

Sebentar sahaja lagi..kalau sape yang ada jam lama bunyilah "ding dong" 12 kali...sudah lewat malam tp mata ni belum boleh lagi nak pejam...dekat luar bunyi katak je yang tinggal...dengan kudrat dan kemampuan yang terbaki ku gagahkan diri meraba laptop di tepi katil...letih..tapi masih lagi teringin mengetuk papan kekunci untuk menghurai rasa.Mm entahla, waktu begini ,dengan keadaan badan yang tidak berapa sihat ku terasa segalamya begitu berat...waktu dan tika ini ku dapat melihat di mana sahabat di mana rakan..sahabat sejati yang sentiasa mendampingi walau susah atau payah, teman di kala memerlukan...syukur padaMu Ya Allah krn mengurniakan teman hidup yang amat menyayangiku...yang menjadi semangat di kala aku seakan mahu rebah di bumi Mu ini...

Monday, March 7, 2011

Haa..Hobi baru...jadi ke?

Salam Isnin semua.. waa malasnya nak pergi kerja. Eh..penyakit ni selalu je datang bila tiba permulaan hari kerja..shuuh..shuhh..pergi jauh-jauh dan jangan datang lagi..ngeee...rasanya dah dua hari.tak tengok blog ni..bukan apa,cuma sibuk sikit settlekn kerja-kerja sebelum mula cuti sekolah..huhu..mm..yelah tu kan,ada je alasan..apa-apa pun, tengah-tengah sibuk ni boleh pula dok blog walking (hehe sambil menyelam minum air lah katakan)kerja..kerja juga,tapi takkan lah tak boleh berangan sikit kot..ngeee..tengah dok blog walking semalam tiba-tiba ternampak sesuatu yang boleh dijadikan hobi baru...tengok macam syok tapi boleh JADI KE?hee tak kuasa mak nk layan dek oi...keje pun tak siap-siap, da hati nak buat benda lain...tapi nak release tension apa salahnya kan...anyway, TUNGGU.....kemunculannya...(chewah,macam program tv pula)...

hmm..apa pulak ni?tiba-tiba keluar gambar ni...Rasanya ramai yang dah kenal dengan bunga ni kan...ada orang panggil kembang pukul 10...ini kerana ia betul-betul kembang pada jam 10,tapi kalau anda perhatikan ia mula berkembang setelah disiram cahaya matahari...bunga ni ada macam-macam warna...paling senang tanam sebab guna keratan batang je..hehe..kalau dah kembang memang cantik..sesuai ditanam dalam pasu dan atas tanah...mana yang tak ada tanah tapi masih meminati bunga bolehlah cuba tanam dalam pasu kat umah tu...kalau anda semua nak tahu...bunga kembang pukul 10 ni ada banyak jenis..da yang kelopak besar dan ada juga yang kecil mcm ni..Rumah kat taman macam rumah saya memang tak ada kawasan tanah jadi sya tanam dalam pasu..tapi kat umah mak di kampung saya tanam kat tanah..kalau kat tanah memang cepatlah ia membiak sebab banyak ruang kan...kalau nak banyak bunga...letak baja najis ayam(chewah..guna perkataan 'najis' macam sopan gitu...ngeee..perasan..tak kuasa mak:))kalau nak banyak bunga....letak baja bunga...saya guna yang spray punya...kalauu sempat saya upload gambarnya ya...mm...tiba2 lapar...rasa nak tengok la Che Mat Gebu sarapan pe pagi ni...hehe..Actually,tiap-tiap hari bila bangun tidur je mesti nak tengok blog ni..best tau..mama saya pun suka...yelah saya ni bukan tahu sangat nak memasak hidangan kesukaan hubby...jadi bila tengok resepi & gambar dalam blog Che Mat ni jadi bersemangat nak memasak..terima kasih Che Mat...atas kesudian share pelbagai resepi enak...

Thursday, March 3, 2011

Malam yang sepi..

Mm...dah lewat,tapi mata belum nak tertutup lagi..macam-macam ada dalam kepala ini...persiapan untuk mengajar esok, hari yang mendatang..tak tahula apa lagi yang ada dalam kepala ni...nak buat tapi badan kata tak larat..hati pula kata buatla...Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Berilah diriku kekuatan untuk menyampaikan ilmu kepada generasi kecil yang baru mengenal dunia.. Jauhkanlah diriku dari segala penyakit..Kuatkanlah Imanku...Amin..

Apa yang terindah dalam hidup?

Mm...apa yang terindah sebenarnya terpulang pada diri masing-masing...ada yang memilih 'bahagia' sebagai simbol indah dalam hidup..tapi ada juga yang cenderung memilih laluan berliku sebagai indah dalam hidup...nak adventure katanya...namun bagiku apa yang terindah dalam hidup ialah apabila melihat orang lain tersenyum dengan apa yang ku lakukan...itulah saat yang paling indah buat diriku....

Anyway,today is my sister's birthday...Happy Birthday to you,Happy birthday to you,happy birthday..happy birthday....happy birthday to you..my lovely sis..iqa...
just for you with love, my sis Iqa